Pages

Tuesday, August 2, 2011

Jualan kuih raya semakin maju tahun nie...

Posted by Nuraihana at 12:19 AM 0 comments
                     Ramadhan telah kembali lagi, jualan kuih raya tahun nie rasanya semakin banyak daripada tahun lepas Insya-Allah....Alamat tak muatla kereta My Hubby nak isi kuih raya kali nie. Kena sewa kereta besar la gamaknya....Waaaaaa....

                      Kalau di ikutkan hati nak jual macam2 kuih raya, tapi tahun nie hanya tambah dua jenis kuih jer. Kalau banyak sangat nanti penin pulak...Kuih yang tetap maintain Semprit Susu, Almond Cookies ngan Chocolate Almond Tart. Kuih raya yang tambah kali nie Popia Gulung, Chocolate Ice Cream dengan Tart Nenas.

Macam2 jenis kuih raya yang ada, cantik kalau buat hantaran (kata mama). Untung la sapa yang tak kawen lagi tue....Rambang mata masa tengok stok kuih raya kat rumah supplier...

Imran dengan Naufal ikut sekali pergi ambik sample kuih raya. Kejap2 mintak kuih tue...Kejap2 mintak kuih nie...penin umi dibuatnya....Imran dengan Naufal memang minat Semprit Susu dan Popia Gulung....Di jamin sedap...Mai..mai...oder dengan saya...barang baik punya....Terbaik dari ladang....

Monday, August 1, 2011

Dua minggu berturut-turut

Posted by Nuraihana at 10:53 PM 0 comments
                 Bulan Julai yang lepad Mr. Hubby pergi KL setiap hujung minggu berturut-turut. Masuk minggu yang lepas,dua hujung minggu berturut-turut naik KL. Dua minggu lepas balik kebetulan adik beradik semua ada, termasuklah yang belajar di Surabaya. Rindu kat adik-adik, maklumla setahun sekali je jumpa....banyak benda nak cerita...

                 Sempena semua adik beradik balik, kita orang pun buat la BBQ. Mama masak Nasi Goreng Cina dengan Spaghetti Ala Malaysia. Sedapnya tak terkata. Breakfast ngan launch keesokannya pun makan  Spaghetti lagi.Masakan ibu la katakan.....

                 Minggu nie balik kebetulan Mr. Hubby ada kerja di KL. Best rasanya dapat bersahur dan berbuka dengan mama & abah. Part yang tak bestnya kena gastric masa 1st puasa, tetapi puasa harus diteruskan juga. Berbuka dengan parents nie best sebab dapat demand makanan yang best2. dapatlah berbuka dengan Pengat Labu, Ayam percik, Kerutuk Itik dan Butir Nangka....Yum..yum...

Kuih Lompat Tikam

                                                                               Kuih Butir Nangka

Monday, January 3, 2011

Pindah Lagi....

Posted by Nuraihana at 7:03 PM 0 comments

                        Untuk keberapa kali ntah, family aku berpindah rumah lagi....adeh....sian mama ngan abah sebab kena kemaskan rumah berdua. Kalau along ada, mesti dah along tolong.....And thanks to mama coz hantarkan barang2 along yang zaman masa grad dulu2 tue dari KL ke JB. 

                        Barang2 yang mama bwk tue adalah dalam dua tiga kotak....xpernah buka since 2005...lama tue...nasib baik xde cik LIPAS....Banyak la barang2 yang mengungkit kenangan masa belajar dulu...terjumpa plak gambar2 yang sepatutnya aku buang lama dulu....but i don't want to remember anything.....biarlah kenangan menjadi kenangan sahaja....

                        To mama & abah, semoga rumah baru nnt menjadi tempat persinggahan along nnt...huhuhuh....Love you mama n abah...

Sunday, January 2, 2011

Happy Ending & A Great Start.....

Posted by Nuraihana at 8:12 AM 0 comments
                             Akhir tahun dan pernulaan tahun yang membahagiakan. Saat yang di tunggu-tunggu telah pun tiba dan akhirnya menjadi realiti. Dah lama sgt nak spend time ngan family bersama-sama hubby tersayang, Hubby selalu bz mencari rezeki sampai tak ada masa nak g jalan2 ngan family. Sabtu pukul 11.00pagi menjadi kenangan yang tak akan dilupakan sebab hubby ajak kami sekeluarga pergi Desaru....Happy sangat,dapatlah Imran dengan Naufal bergurau senda dengan abah dia. Imran sampai tertidur atas kerusi kepenatan sebab main kat tepi pantai. Naufal seronok mandi dalam kolam dengan abah dia. Tempat yang kami stay pun memang best sbb dekat dengan pantai n selesa sgt. Di syorkan kepada rakan2 yang nak bercuti tue, stay la kat Desaru Golden Beach Resort, tp kena ambik bilik suite la best sikit. Bilik biasa dia mcm kureng ring la utk yang ada kanak2 mcm I nieh.

                            To En. Muniruddin Bin Mohd Amran, thank you so much sebab bawak na ngan anak2 pergi holiday kat Desaru. Walaupun tak jauh tp still jgk best. Dapat spend masa bersama ngan anak2 pun dah cukup bagi na. We all love you abah.....

Thursday, December 30, 2010

Bye..bye..2010 Hello 2011......

Posted by Nuraihana at 12:52 AM 0 comments
                          Bye...bye....2010. Hello 2011. 

Bulan Disember yang busy dengan Kolokium Zamalah dan Mesyuarat Jawatankuasa Skim Pembantu Pengajar(SPP) telah berlalu......Baru rasa relax sikit.....fuuuhh.....
"Aku mencatatkan sejarah, sebab belum lagi ambik cuti semenjak sambung kontrak kat tempat kerja nieh....Memang nampak sangat la kerja baru nie best walaupun kerja banyak n busy sentiasa....Yang penting Aku kerja dengan ikhlas....huhuhuhu..."
Tahun  baru nie apa azam baru ek?hurrmmm...tgh pk lagi nieh.Nak kurus,tak kurus2 jgk.Nak kaya pun x kaya2 jgk....I think nak less kan spend money la.Simpan duit utk buat kabinet baru utk rumah baru.Nak buat grill lagi tambah dgn langsir dan lain2....mcm2 nam kena beli nieh....adeh....

Tambah anak?lom lagi kot,maybe another 4 years la.....Nak bagi budak2 besar dulu,then baru pk nak pregnant lagi.Bukan senang tau nak jaga budak2 nie.Cakap jer boleh la,buat sikit nak tgk mcm mana......ada berani?

Apa2 pun semoga tahun baru nie menjadi tahun terbaik daripada yang sebelumnya. Murah rezeki,bertambah pengetahuan, bertambah-tambah sayang kepada semua umat manusia.....Amin.....

                    "WELCOME 2011"

Wednesday, December 29, 2010

The Great Best Friends I Have Ever Had

Posted by Nuraihana at 11:33 PM 2 comments
                      Sahabat yang terbaik untuk seseorang itu adalah sahabat yang boleh menerima sebaik-baik kita dan seburuk-buruk kita. Setakat nie,sahabat terbaik yang aku pernah jumpa adalah dua orang ini Siti Sabariah Binti Mun Sharif (nama glamour Atie) dan Nur Eryana Binti Abdullah (nama glamour Eryn). Mungkin sebab aku sentiasa dekat dengan dia org kot. Bila ada kesusahan, kesulitan or kekusutan aku mesti cari dier org.
                    
                      Dulu mane jer pergi mesti bertiga, tapi sekarang bila Eryn dah dapat keje lain tinggal aku ngan Atie jer. Macam tak cukup korum jer......Walaupun ko jauh tapi aku ngan Atie tetap rindu kat ko Eryn......Miss you beb......

Permulaan Hidup Sebagai Seorang Manusia

Posted by Nuraihana at 11:06 PM 0 comments

Menyambut Kelahiran Dalam Islam

Objektif :

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin. 
Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a."

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.
Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu".

Riwayat Abu Daud

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya".

Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : "Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ……(sebut nama anak)….

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu".

Muttafaqun A'laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.

Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :

Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak".

Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka".

Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :

Maksudnya : "Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita".

Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.

Membersihkan diri dari kekotoran.

6. Menyusukan Anak.
Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Imam As-Syafie berkata

"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan".

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

In The Name of Love Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal